Dalam
cerpen ini menceritakan mengenai seorang wanita yang bernama Kartini telah
berkahwin dengan seorang lelaki yang tinggal di Lombok.
Mereka saling mengenali antara satu sama lain sewaktu suaminya iaitu Hanafi menyambung pengajian ijazah kedoktoran di
bawah penyeliaan sahabat baik Kartini. Sejak mengenali hanafi selama tiga tahun , Kartini
mula jatuh hati terhadap Hanafi. Namun begitu, penerimaan keluarga Kartini
tidak menggalakkan kerana Hanafi tinggal jauh di Senggigi. Mataram. Walaupun
begitu, Kartini tetap bertekad untuk mengahwini Hanafi disebabkan cinta yang
mendalam. Emak Kartini tetap berasa kecewa dengan sikap anaknya tetapi bagi
mengikut kemahuan anak kesayangannya, dia
terpaksa mengizinkan perkahwinan mereka. Disebalik kisah ini, Kartini dan
suaminya telah mendirikan sebuah Resort Rumah Chinta di pantai Senggigi sebagai
lambang cinta mereka. Mereka turut
memiliki seorang anak lelaki yang bijak bernama Timour. Kartini tetap
mengingati emaknya walaupun mereka terpisah jauh. Kartini tetap melaksanakan
tanggungjawab sebagai seorang anak dengan menelefon emaknya untuk mengetahui
keadaan dia di sana. Kasih sayang seorang anak terhadap ibu masih utuh meskipun
Kartini telah berumahtangga. Tambahan pula, sikap suami Kartini yang berpegang
teguh kepada ajaran islam membuatkan Kartini tidak lupa akan jasa orang tuanya
walaupun ibunya tidak pernah melawatnya. Kartini mempunyai semangat yang
berkobar-kobar untuk menabur bakti kemanusiaan di daerah asing meskipun dia
telah melakukan pengorbanan yang besar dalam hidupnya dengan meninggalkan
negara sendiri. Siapa sangka disebalik pengorbananya itu, dia telah memperoleh
berita gembira dengan kedatangan emak dan ayahnya ke Senggigi untuk bertemu
dengan keluarga baharu Kartini.
INILAH KARANGAN SAYA
Belajar Bukan Untuk Rasa Penat, Tapi Faham Rasa Perit, Ilmu Bukan Untuk Dibangga Mahupun Dijaja, Tapi Faham Nikmat Berkongsi
Saturday 5 December 2015
Friday 4 December 2015
Ada kemungkinan bahawa sejak manusia dilahirkan untuk mencari harga diri manusia.Harga diri manusia dapat dilihat pada kebanyakab sapek,hidup dan mati merupakan kedua-dua aspek yang paling penting.Dalam kehidupan terdapat banyak benda,paling menarik hati mungkin ialah cinta.Seperti awak rasa ada yang mengikat awak pada orang itu.Apabila awak jumpa seprang dalam orang ramai,gaya yang baik untuk bersama dengan satu sama lain merupakan cakap hidup yang kami pernah mengalami.Orang yang luar biasa akan dapat lebih asyik,cinta supaya kami menjadi orang yang boleh mengiringi kasih sayang kami.Selain itu,pekerja juga sebahagian daripada kehidupan kami.Sebagai seorang graduan,perlu sesuau kehidupan masyarakat dan tukar diri untuk menjadi orang yang terbaik.Mengikut seorang tokoh,penukaran merupakan sebuah benda sahaja yang tak tukar dalan dunia ini.Apabila awak cari harga raga lembu,apabila awak belajar bagaiman memastikan spesieslembu yang awak gunakan untuk tuhuan import,waktu ity awak sedang tukar pendapatan diri terhadap dinia semasa bekerja.Tentang kematian,saya belum mengalamani,tetapi selepas saya baca paragraf dituliskan pada mula cerpen itu,saya fikir ini jelas terbaik bagi kematian.
Saturday 28 November 2015
Petala Rengsa dalam Dada
Entri
kali ini, kami akan membincangkan mengenai cerpen 8 yang bertajuk “Petala
Rengsa dalam Dada”. Penulis telah meluahkan rasa kekecewaannya melalui cerpen
ini di samping mahu berkongsi keriangan dan rasa bersyukur menerusi watak-watak
yang ditampilkan. Kecewanya penulis tehadap kezaliman, ketidakadilan dan
kesombongan sesama manusia yang berlaku di dunia ini. Justeru itu, penulis
menggunakan latar dunia kerjaya seorang doktor dalam menggarap cerpen Petala
Rengsa dalam Dada.
Cerpen
ini dimulakan dengan peristiwa sekarang iaitu akibat yang berlaku hasil dari
sikap seorang doktor yang angkuh dan tamak. Situasinya apabila seorang suami
sedang menjawab soalan pemberita kepada isterinya yang masih terkejut dengan
sekujur mayat yang dijumpai berlumuran darah terbaring di hadapan sebuah klinik
swasta 24 jam. Melalui cerpen ini, penulis telah menggunakan teknik fragmentasi
untuk plot yang seterusnya yang lebih bersifat imbas kembali atau penceritaan
semula. Fragmen I adalah Kisah Kami yang
memaparkan tentang watak lelaki dan isterinya mengenai si doktor dan isterinya,
juga seorang doktor di klinik yang sama. Lelaki dan isterinya itu bercakap
mengenai konsep klinik tersebut. Dalam fragmen ini juga, penulis memberikan
latar bahawa kedua-dua lelaki saling bersahabat sejak kecil.
Fragmen
II adalah Kisah Dia yang menampilkan
watak seorang lelaki tua miskin yang mengalami komplikasi kencing manis. Lelaki
tua tersebut merupakan seorang pengukir batu nisan dan pernah bekerja di bank
berhampiran klinik 24 jam berkenaan sebagai pengawal keselamatan. Jadi, lelaki
tua tersebut terpaksa datang ke klinik 24 jam itu untuk mendapatkan rawatan.
Fragmen III pula adalah Kisah Saya
yang menonjolkan kisah doktor klinik 24 jam (si suami). Fragmen ini memaklumkan
tentang sikap dia dan isterinya yang taksub dengan kerjaya mereka sebagai
doktor. Dalam fragmen ini juga mengandungi roh lelaki tua yang datang ke klinik
untuk membayar hutang. Doktor yang ketakutan itu berlari keluar kerana lelaki
tua itu membawa batu nisan menyebabkan berlakunya pertembungan dengan perompak
yang melarikan diri ke dalam klinik tersebut.
Cerpen
ini bergerak dalam satu waktu sahaja sekitar jam 3 hingga 4 atau 5 pagi. Kisah
lelaki dan isteri yang sedang hamil, kisah roh lelaki pengukir nisan datang ke
klinik, kisah perompak bank, kisah perompak tertikam doktor (kedua-duanya
panik; doktor panik kerana didatangi hantu pengukir nisan sementara perompak
panic kerana bunyi amaran penggera). Justeru itu, kami berpandangan bahawa
cerpen ini menunjukkan satu situasi di mana watak-watak yang ditampilkan itu
mengalami perasaan rengsa iaitu perasaan panik dan keresahan yang menggunung
dalam diri. Idea penulis sangat kreatif kerana menggabungkan pengalaman
peribadi beliau sendiri dan isu semasa yang sedang hangat diperkatakan. Oleh
hal yang demikian, para pembaca boleh mengalami dan menghayati sendiri perasaan rengsa
yang melanda dalam diri setiap watak melalui cerpen Petala Rengsa dalam Dada
ini.
Saturday 21 November 2015
Suami Saya Tidak Melakukannya!
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca
sekalian.
Pada entry
kali ini, kami akan membincangkan cerpen bab 7 yang bertajuk “Suami Saya Tidak
Melakukannya!”. Di dalam cerpen ini, penulis telah menggunakan bahasa dan
gabungan imaginasi yang baik serta cerpen ini juga berdasarkan pengalaman orang
sekeliling kerana terdapat penggunaan kata ganti nama pertama iaitu menggunakan
kata ganti nama “saya” yang mungkin juga merujuk kepada diri sendiri ataupun
mewakili pihak lain.
Bukan
itu sahaja, cerpen ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian kecil yang
memaparkan jalan cerita di dalam cerpen ini. Pada bahagian pertama, penulis
menceritakan tentang seorang wanita yang bernama Masitah yang hidup tanpa
mengenali kasih sayang seorang lelaki termasuk ayahnya yang telah meninggal
dunia sejak dia masih bayi lagi. Bukan itu sahaja, ibunya juga telah meninggal
dunia sewaktu umurnya menginjak ke usia remaja. Di dalam bahagian ini juga,
penulis telah menceritakan bagaimana Masitah menemui suaminya dan bermulalah
kisah bahagia di antara mereka, sehingga pada suatu saat Masitah telah
mengalami sakit untuk melahirkan zuriatnya bersama suaminya. Akan tetapi,
perjalanan ceritanya sampai kemuncak cerita yang mana Masitah telah mengalami
komplikasi untuk melahirkan anak dan terpaksa melalui proses kelahiran secara
pembedahan.
Pada
bahagian kedua pula, penulis telah bermain dengan imaginasi yang sangat kreatif dengan
pembaca kerana menimbulkan satu perasaan ingin tahu dan membuatkan para pembaca
berfikir sejenak tentang jalan cerita pada bahagian ini. Hal ini demikian
kerana, pada bahagian ini menceritakan tentang roh Masitah kerana dia kemungkinan
telah meninggal dunia sewaktu melahirkan anak, dan anak di dalam kandungannya
juga telah meninggal dunia. Selain itu, bahagian ini menceritakan tentang
kehidupan suaminya yang lebih banyak mendekati Allah dan perubahan gaya
hidupnya setelah Masitah telah meninggal dunia. Bukan itu sahaja, bahagian ini
juga menceritakan tentang runtuhnya bangunan iaitu hotel binaan suami Masitah
dan sangat menggemparkan negara. Gabungan idea dan imaginasi ini merupakan satu
kelebihan kerana telah membawa para pembaca menghayati dan merumuskan sendiri
impak yang boleh didapati dalam cerpen ini.
Seterusnya
adalah pada bahagian ketiga dan juga merupakan bahagian yang terakhir di dalam
cerpen ini penulis telah menggunakan teknik imbas kembali. Hal ini dapat
dibuktikan apabila watak Masitah teringat semula seorang lelaki tua yang
mengajar ilmu al Quran di sebuah kampung berdekatan tempat kelahirannya dan
akhirnya dituduh sebagai seorang pengganas dan dianggap sebagai ketua
perancangan anak-anak muda yang merusuh. Perkara ini diingat semula oleh
Masitah kerana suaminya telah ditangkap oleh pihak polis atas tuduhan melakukan
letupan di hotel yang dibinanya. Kejadian ini amat merobek hati Masitah, tapi
apakan daya ajal Tuhan menjemputnya terlebih dahulu dan hanya mampu melihat
dari jauh. Pada pengakhiran cerita, penulis telah menimbulkan beberapa
persoalan yang membuatkan para pembaca dibelenggu dengan jawapan sendiri.
Akhir
kalam, keseluruhan cerpen ini lebih menumpukan kepada pembaca wanita yang
bergelar isteri supaya golongan wanita lebih memahami peranan dan perasaan
wanita serta menyoroti apa itu nilai kesetiaan dan sikap tolong menolong dalam
alam rumahtangga. Jalinan idea yang kreatif dan kritis dalam membangkitkan
isu-isu tertentu telah menerbitkan rasa kesedihan dalam diri pembaca mampu
memberikan impak yang positif bagi mendalami maksud tersirat di dalam cerpen “Suami
Saya Tidak Melakukannya!”.
Friday 20 November 2015
SEUSAI IFTAR 9 ZULHIJJAH
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Entry
pada kali ini berdasarkan cerpen “Seusai Iftar 9 Zulhijjah” yang telah
dimuatkan dalam Dewan Sastera pada Februari 2003 dan telah memenangi Hadiah
Sastera Darul Takzim IV pada tahun 2003.
“Seusai
Iftar 9 Zulhijjah” merupakan kisah pengorbanan dan keredhaan atas apa yang
diambil kembali Tuhan daripada kita. Kisah ini begitu unik kerana digarap
dengan teliti apabila menggunakan kata ganti nama Saya dalam setiap watak yang
bercerita. Ini memerlukan ketelitian dan pembaca harus fokus terhadap pembacaan
kerana ia berubah mengikut watak.
Cerpen
ini berkisar tentang seorang ayah yang yang redha dengan kepergian kesemua
anaknya iaitu seramai enam orang; seorang lelaki dan lima perempuan. Mereka
telah diambil nyawa ketika masih kecil dan merupakan anak-anak syurga. Putera
lelaki telah kembali kepada Penciptanya pada bulan Ramadhan dan lima puteri
pada bulan Zulhijjah. Bagaimana seorang bapa dan ibu yang dapat menerima
ketentuan Ilahi ini begitu menyentuh hati. Satu-satunya anak lelakinya
meninggal dunia dalam bulan Ramadhan ketika usianya belum lagi menginjak
setahun akibat jangkitan paru-paru. Anak-anak perempuannya bernama Rita, Risa,
Rima, Rina dan Raudah meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di kawasan air terjun.
Cerpen
ini merupakan imbas kembali ingatan seorang bapa ketika anak-anaknya masih
hidup. Kesemua cerita itu dilengkapi dengan tanda anak-anak itu mahu
meninggalkan dunia. Misalnya Rita mahu ke segera ke syurga, Risa mahu mati
dalam bertudung, Rima-Rina pasangan kembar yang fragile dan Raudah tidak mahu hidup lama kerana tidak tega melihat
agamanya dizalimi dan dianiaya.
Penghasilan
cerpen ini oleh penulisnya iaitu Dr Mawar Safei yang mendapat cetusan idea
daripada keratan akhbar yang dibacanya dan pengalaman peribadinya sendiri. Hasil
daripada potongan keratan akhbar tersebut dapatlah cetusan idea dan berkembang
menjadi cerpen yang mantap dengan pelbagai sumber rujukan.
Tuntasnya,
sebagai seorang yang berminda kelas pertama, segala ujian yang diberikan perlu
diterima dengan sabar dan redha kerana ada hikmah disebaliknya. Perlu diingat,
apa sahaja dalam kehidupan ini adalah pinjaman dan ia adalah milik mutlak
Allah.
"Marisa @ Merdeka"
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kita akan teruskan kupasan cerpen yang dimuatkan di dalam
buku Inilah Karangan Saya : Narasi Penciptaan Cerpen karya Dr.
Mawar Safei dengan karya yang seterusnya iaitu cerpen Marisa @ Merdeka. Cerpen Marisa
@ Merdeka ini telah disiarkan di dalam Mingguan Malaysia pada 23 Ogos
1998 dan telah memenangi Hadiah Sastera Utusan Melayu - Public Bank pada tahun
1998. Cerpen ini bertemakan kemerdekaan namun, tidak seperti cerpen kebiasaan
kerana Dr. Mawar Safei memaparkan suatu penceritaan yang berbeza yang membawa
tema kemerdekaan.
Watak di dalam
cerpen ini ialah Marisa, seorang wanita berbangsa Russia yang berkahwin dengan
seorang lelaki Malaysia (tidak diberi nama) ketika lelaki ini mengajar Bahasa
Melayu di Russia. Marisa telah mengikut suaminya pulang ke Malaysia dan
mengajar di universiti. Cerpen ini mengisahkan Marisa yang ingin bebas apabila
dia diarahkan untuk memberhentikan sub persembahan teater tradisional sempena
Hari Kemerdekaan Negara kerana dikatakan membaurkacaukan seni lama.
Marisa merasakan dirinya tidak bebas untuk berkarya. Dia berfikir adakah
disebabkan dia berbangsa Russia maka karya dan usahanya dihalang.
"Saya kecewa, kanda. Makna diri yang sewajarnya punya
rasa bebas, rasa merdeka, tiba-tiba diragut hebat. Saya tidak lagi mengerti
sebenarnya. Fakulti menerima surat daripada panel, sub persembahan teater
tradisional sempena Hari Kemerdekaan Negara saya diarahkan dihentikan serta
merta. Saya dikatakan membaur kacau seni lama hanya itu sesungguhnya."
(Mawar Safei, 2014 : 78)
Kisah
diteruskan dengan menceritakan latar belakang Marisa dan harapan Marisa
terhadap kandungannya supaya dapat merasai kebebasan. Cerpen ini diakhiri
dengan latar persembahan wayang kulit yang memaparkan gaya tradisional. Ketika
ini Marisa amat menghargai seni yang dilihatnya dan membayangkan adunan dalam
seni itu digarapkan di dalam pembangunan negara. Hal ini dapat dilihat bahawa
Marisa amat mengharapkan kebebasan dan jiwa merdeka dalam diri setiap rakyat.
"Kanda, cerita diadun begitu mesra seperti bersatunya
bumbu persembahan bertih, beras kunyit, tiga piak sirih pinang, air bunga
melur. Alangkah indah melihat secara halus dan berseni kehidupan manusia multi
negara kita yang tidak pernah lalai menghargai jiwa merdeka mereka."
(Mawar Safei, 2014: 80)
Maka
dapatlah disimpulkan bahawa cerpen yang dihasilkan oleh Dr. Mawar Safei ini
memberi kelainan dalam memaparkan erti kebebasan yang sebenar. Tidak sekadar
bebas daripada penjajahan bangsa luar sebaliknya turut bebas dari aspek jiwa
dan minda.
Thursday 5 November 2015
SUMUR
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Entri kali ini,kami akan mengupas cerpen Sumur daripada buku Inilah Karangan Saya : Narasi Penciptaan Cerpen.
Cerpen ini berkisar tentang seorang ibu angkat yang menginginkan anaknya supaya hanya memiliki dia sahaja sebagai ibunya. Dia memiliki seorang anak angkat yang bernama Siti Aesja. Siti Aesja seperti semalam dan hari-hari yang lalu ditinggalkan bersama ibu mertua dan iparnya. Dia dapat merasakan bahawa akan berlaku sesuatu yang buruk.
"Tengahari itu, air yang ingin saya teguk tumpah, nasi yang ingin saya suap terasa tidak membuka selera. Semuanya jadi tergendala. Saya nanar sehinggalah telefon di meja menjerit. 'Anakmu tidak henti-henti menangis.' Itu suara ibu mertua saya."
Seperti yang telah dijangka,sesuatu yang tidak diingini telah berlaku. Iparnya telah memberikan susu badan kepada Siti Aesja. Perkara ini sangat merunsingkan fikiran dia keran dia tidak ingin Siti Aesja mempunyai ibu yang lain selain dirinya.
Sementara itu, terdapat juga cerita yang sama berlaku kepada keluarga Oe di Pulau Selatan Shikoku. Seorang suami sanggup berhenti berkarya untuk memberi suara kepada anaknya Hikari.
Akhir kalam, dapat kami jadikan panduan yang terdapat di dalam cerpen ini bagi penulisan kami yang akan datang. Cerpen ini ada menggunakan beberapa perkataan Jepun.
Entri kali ini,kami akan mengupas cerpen Sumur daripada buku Inilah Karangan Saya : Narasi Penciptaan Cerpen.
Cerpen ini berkisar tentang seorang ibu angkat yang menginginkan anaknya supaya hanya memiliki dia sahaja sebagai ibunya. Dia memiliki seorang anak angkat yang bernama Siti Aesja. Siti Aesja seperti semalam dan hari-hari yang lalu ditinggalkan bersama ibu mertua dan iparnya. Dia dapat merasakan bahawa akan berlaku sesuatu yang buruk.
"Tengahari itu, air yang ingin saya teguk tumpah, nasi yang ingin saya suap terasa tidak membuka selera. Semuanya jadi tergendala. Saya nanar sehinggalah telefon di meja menjerit. 'Anakmu tidak henti-henti menangis.' Itu suara ibu mertua saya."
Seperti yang telah dijangka,sesuatu yang tidak diingini telah berlaku. Iparnya telah memberikan susu badan kepada Siti Aesja. Perkara ini sangat merunsingkan fikiran dia keran dia tidak ingin Siti Aesja mempunyai ibu yang lain selain dirinya.
Sementara itu, terdapat juga cerita yang sama berlaku kepada keluarga Oe di Pulau Selatan Shikoku. Seorang suami sanggup berhenti berkarya untuk memberi suara kepada anaknya Hikari.
Akhir kalam, dapat kami jadikan panduan yang terdapat di dalam cerpen ini bagi penulisan kami yang akan datang. Cerpen ini ada menggunakan beberapa perkataan Jepun.
Sunday 1 November 2015
Wanita dan Paksi Cerita
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..
Kupasan kali ini, kami akan membincangkan mengenai cerpen “Zel” yang terdapat di dalam buku Mawar Safei yang bertajuk Inilah Karangan Saya: Narasi Penciptaan Cerpen.
Cerpen ini memaparkan tentang pengembaraan dari alam diri, yang ingin keluar daripada pengembaraan tersebut. Cerpen ini juga memperlihatkan hubungan yang sequel antara cerpen yang sebelumny iaitu cerpen “Virus Zel untuk Abah”. Hal ini demikian kerana, penulis iaitu Mawar Safei telah menggunakan nama watak yang sama dalam menulis kedua-dua cerpen ini. Mawar Safei berpendapat menggunakan nama yang sama merupakan satu strategi untuk mengekalkan keterikatan penulis-khalayak-karya.
Terdapat dua watak perempuan di dalam cerpen ini, iaitu Zelda atau Zel merupakan seorang pelukis alias penyair. Zel adalah seorang perempuan yang cantik dan mempunyai semangat juang yang kuat. Zel juga merupakan seorang yang ceria walaupun hidup bersendirian. Manakala watak Aku merupakan seorang arkeologis yang berhadapan dengan konflik gender.
Cerpen ini juga banyak bauran bidang dan tanggapan penulis terhadap konflik wanita, iaitu wanita yang berhadapan dengan konflik gender di pejabatnya dan juga konflik diri. Penulis juga masih mengangkat konflik kesumat dan keresahan jiwa watak seperti cerpennya yang sebelum ini.
Akhir sekali, cerpen ini memberikan pelbagai impak yang mendalam khususnya kepada wanita yang mengalami situasi yang sama seperti watak. Cerpen ini juga, memerlukan pembaca untuk mentafsir setiap lapisan makna dan metafora serta perlambanganyang dimaksudkan oleh penulis.
Sunday 25 October 2015
Kemahasiswaan dan Ketukan di Pintu Kreativiti
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Untaian Rafik merupakan cerpen kedua yang terkandung di dalam buku Inilah Karangan Saya: Narasi Penciptaan Cerpen karya Dr. Mawar Safei. Cerpen Untaian Rafik ini telah memenangi Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank pada tahun 1995 dan turut disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada tahun 1995.
Cerpen Untaian Rafik ini dihasilkan semasa Dr. Mawar Safei berada dalam jabatan geografi pada peringkat ijazah pertama sebelum mengkhusus dalam kesusasteraan Melayu. Maka terdapat istilah-istilah geografi yang diguna pakai dalam cerpen Untaian Rafik ini. Dr. Mawar Safei mendapati itu juga merupakan strategi beliau diterima agak cepat dalam jagat pencerpenan Melayu dengan memenangi beberapa hadiah sastera melalui karya cerpen seperti itu.
Cerpen ini telah dicatat oleh Panel Hakim Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank 1995 sebagai:
...digerakkan oleh unsur sains, sekali gus komputer. Watak "Aku" menterjemah makna yang dimercupkan oleh istilah, frasa dan penemuan dalam kedua-dua bidang tersebut untuk dimaknakan pula dalam kehidupan realitinya. Cerpen ini diolah dengan teknik yang membawa kepada dimensi baru dalam pencerpenan tanah air dan jika dibuat penelitian secara rambang, inilah teknik yang terus diterapkan oleh Mawar Shafei menerusi cerpen-cerpennya. Inilah suatu warna khas yang muncul daripada proses kepengarangan Mawar Shafei. Teknik sebegini menyuguhkan kesabaran terhadap pembaca untuk terus membaca cerpen-cerpennya.
(Kasut Hitler 1996: x)
Watak Nel merupakan seseorang yang telah meninggal dunia akibat runtuhan kondominium yang didudukinya. Roh Nel telah berkeliaran melihat kembali apakah sahabat-sahabatnya yang selama ini mendakwa diri mereka mencintai alam sekitar dengan mengguna semula kertas yang mahu dibuang, tidak menggunakan tisu. Ternyata roh Nel melihat sahabat-sahabatnya tidaklah sebegitu yang diharapkan.
(Mawar Safei, 2014: 51-52)
Untaian Rafik juga telah menggunakan latar benar kejadian runtuhan Highland Towers. Judul cerpen ini membawa antara maksud hubungan (untaian) persahabatan (rafik) yang berpanjangan.
(Mawar Safei, 2014: 52)
Berdasarkan pengalaman Dr. Mawar Safei sendiri yang pernah bergelar mahasiswa, beliau selalu memberitahu para pelajarnya bahawa tiada alasan tiada idea, tiada ilham, bila diminta menyediakan karya. Menurut beliau dalam buku Inilah Karangan Saya: Narasi Penciptaan Cerpen, sebagai mahasiswa yang bergulat dengan dunia ilmu, mengikuti pelbagai kursus di universiti sama ada yang bersifat kurikulum atau ko-kurikulum, banyak bahan yang boleh didapati untuk dijadikan sumber cerita. Sumber itu pula kebanyakannya berfakta, maka ia akan mudah diadun kerana sudah ternyata benar. Menjalani kehidupan di kampus, jauh daripada keluarga, bertemu dengan sahabat baru atau kemudiannya bertemu dengan teman jiwa, itu semua boleh menjadi bumbu atau inti cerita yang menarik untuk diadun. Malah menurut Dr. Mawar Safei, ini antara petua awal kepada calon penulis iaitu menggunakan sudut pandangan pertama yang mudah dikawal dan bayangkan itulah diri kita.
Sebagai penutup bicara untuk entri kali ini, kami dapat menyimpulkan bahawa sesuatu karya yang baik juga boleh terhasil melalui adunan laras bahasa berlainan bidang. Di mana ia mampu menghasilkan suatu kelainan dalam sesuatu karya yang dihasilkan.
Thursday 22 October 2015
Di sini langkahnya bermula
ASSALAMUALAIKUM....
Dr. Mawar Safei.
Profesor Madya di Universiti Kebangsaan Malaysia, dari Pusat Pengajian Bahasa,
Kesusasteraan, dan Kebudayaan Melayu (PPBKKM), Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan. Di sini kumpulan kami akan membicarakan karya beliau iaitu
"Virus Zel untuk Abah" serta buku "Inilah Karangan Saya;
Narasi Penciptaan Cerpen.
Terperangkap dalam kasih dan sayang
seorang anak terhadap ayahnya menyebabkan Zel tersepit dalam lautan kebencian
apabila ayahnya mengambil tindakan untuk meninggalkan diri Zel dan ibunya.
Persoalan mula memberontak dalam diri Zel, tatkala Zel ingin mencari jawapan
daripada kedua-dua orang tuanya. Ciptaan 'Virus' dibuat olehnya untuk menghancurkan
kehidupan baru ayahnya dek kerana sifat dendam dan benci telah dicegah oleh
Win, rakan baik Zel. Niatnya itu dipatahkan oleh akal warasnya.
Begitulah sedikit sebanyak tentang
cerpen "Virus Zel untuk Abah" yang merupakan karya pertama
beliau yang disiarkan di akhbar Mingguan
Malaysia dan telah memenangi
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan pada tahun 1994. Menerusi buku "Inilah
Karangan Saya; Narasi Penciptaan Cerpen" dapat membincangkan serta
memberi panduan kepada kami berkenaan dengan cerpen "Virus Zel untuk Abah.
Secara umumnya, terdapat pro dan contra daripada pandangan dari Zaiton
Abu Samah merupakan seorang editor. Beliau mengutarakan isu keghairahan penulis
muda dalam keluaran Dewan
Sastera, bahawa corak penulisan anak muda zaman itu sebagai karya yang
kacau, sukar, kabur, terlalu empiris, membuat pembaca marah, mual, hilang
minat, dan seterusnya tidak mahu mendekati tidak mahu mendekati karya sastera
Melayu.
(Mawar Safei, 2014: 42)
Menyelusuri buku "Inilah
Karangan Saya; Narasi Penciptaan Cerpen" ini telah menekankan
kepentingan bahasa ibunda kita dalam penghasilan karya cerpen. Keperihatinan
segelintir karyawan-karyawan dalam memartabatkan bahasa Melayu jelas terpapar
apabila Haji A. Rahim Abdullah menolak penggunaan bahasa Asing dalam penulisan
cerpen seolah-olah tidak menghormati bahasa Melayu.
Sebagai penutup bicara, dapat kami
simpulkan bahawa cerpen "Virus Zel untuk Abah" dapat dijadikan
sebagai batu loncatan kepada kita terutamanya dalam penggunaan bahasa
Asing semasa penulisan cerpen. Kita mendapati menerusi ulasan-ulasan dalam buku
"Inilah Karangan Saya; Narasi Penciptaan Cerpen" yang bukan
sahaja menegur dari aspek penggunaan bahasa, malahan itu turut memberi tunjuk
ajar kepada kita agar tidak bersifat empiris dalam penghasilan cerpen.
Inilah Karangan Saya: Narasi Penciptaan Cerpen.
ASSALAMUALAIKUM....
Buku Tugasan |
Sebelum melangkah
lebih jauh untuk kami bercerita serba sedikit tentang buku ini, kami berasa
amat berbangga kerana buku yang kami peroleh sebagai tugasan ini merupakan buku
hasil nukilan Dr. Mawar Safei. Oleh itu, kami akan cuba jalankan kajian dengan penuh
semangat dan iltizam agar penulisan di blog ini dapat dibaca oleh khalayak
ramai.
Sepanjang pembacaan
yang kami lakukan terhadap buku ini, jelas menunjukkan bahawa buku ini membantu
penulis baharu atau bakal penulis dalam menghasilkan karya iaitu cerpen. Sesuai
dengan tajuk buku, Inilah Karangan Saya:
Narasi Penciptaan Cerpen, Dr. Mawar Safei telah menerangkan secara
terperinci tentang ciri-ciri utama dalam penghasilan cerpen iaitu:
a)
Plot
b)
Watak
c)
Latar
d)
Gaya bahasa
e)
Tema
Bukan itu
sahaja, Dr. Mawar Safei juga telah membahagikan subgenre cerpen kepada lima
jenis subgenre cerpen. Dibawah merupakan jenis-jenis subgenre cerpen tersebut:
a)
Cerpen pendek
b)
Cereka imbasan
c)
Cereka mikro
d)
Cerpan
e)
Cermin
Melalui panduan
yang diberikan oleh Dr. Mawar Safei didalam bukunya itu, diharap penulis baharu
atau bakal penulis dapat menghasilkan cerpen dengan baik. Di dalam konteks perbincangan
yang sama, Dr. Mawar Safei juga telah mengemukakan 10 buah jenis cerpen beserta
ulasan sebagai rujukan buat bacaan umum.
Akhir kalam,
sekiranya anda bersedia untuk menjadi seorang penulis, anda perlu menerima
kritikan, berfikiran terbuka, menuju kepada tanggungjawab sosial, menuju
kepada sebuah tanggungjawab agama,
menimbangkan apa kesudahannya penulisan; sama ada manfaatnya; untuk diri
sendiri, untuk orang lain, dan untuk sastera Melayu.
(Mawar Safei, 2015: 23)
Rantai
Assalamualaikum.
Pahlawan
Melaka mencari harta.
Sambil berdagang
rempah kari,
Assalamualaikum
pembuka kata,
Kumpulan Sembilan
perkenalkan diri.
FARRA
BINTI ABDULLAH (A151886)
FATIN
NADIAH BINTI MOHD KHALID (A150768)
NUR
FARAH DIANA BINTI ZULKIPLI (A150621)
NUR
FATIHAH BINTI RAMLEE (A151901)
NURUL
ATHIRAH BINTI TRISNA (A151916)
AMIRAH
AYUNI BINTI MUSLIM (A150073)
FARAH
NUR AMIRA BINTI HASMAT (A150817)
FURNIVAL
LINGGANG (A150552)
ISLAH
NOR FADZILAH BINTI MAHYUDDIN (A150440)
Kami
seramai sembilan orang akan memberi ulasan tentang 10 bab cerpen yang terdapat
di dalam buku Inilah Karangan Saya:
Narasi Penciptaan Cerpen. Kami berharap
pembaca terus sabar bagi menantikan “entry” terbaru kami dalam masa terdekat
ini.
BIOGRAFI MAWAR SAFEI
Assalamualaikum....
Dr. Mawar Safei |
Mawar Shafie merupakan seorang penulis wanita di Malaysia warga Johor
kelahiran Singapura. Mawar Shafie dilahirkan pada 27 Februari 1971. Ibu bapanya
menetap di Johor Bahru. Beliau giat dalam bidang penulisan bagi menghasilkan
cerpen.
Anak kelahiran Singapura ini memiliki kelulusan Sarjana
Sastera dari Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) sebelum melanjutkan pengajiannya di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di
National Institute of Education, Nanyang Technological University, Singapura.
Antara
kumpulan cerpen beliau ialah Zel (1998), Montaj II (2002) dan
Masitah (2008). Beliau telah banyak memenangi hadiah dan anugerah sastera, Antaranya Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank bagi tahu 1994, 1995, 1997,
1998 dan 1999, Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/1997, Hadiah Sastera
Esso-GAPENA X, Hadiah Sastera Berunsur Islam IX 1996, Hadiah Sastera Darul
Ta’zim II (1999), IV(2003), V(2005) dan Hadiah Sastera Sempena Bulan Budaya
Pulau Pinang 1996.
Beliau kini bertugas di UKM dan blog beliau boleh dilayari di laman http://mawarshafei.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)